TIPS MEMILIH PAKAIAN KANAK-KANAK..

      
          Memilih pakaian kanak-kanak adalah salah satu kemestian utama setiap ibu bapa pada hari ini, maka anak anda juga memerlukan pakaian kanak-kanak yang sesuai untuk dikenakannya baik untuk basahan harian mahupun untuk sebarang majlis-majlis @ sebarang perayaan. Sebagai ibu bapa, pastinya anda tidak hanya mahu melihat anak orang lain sahaja yang menggayakan pakaian kanak kanak yang cantik namun semestinya anda juga menginginkan anak anda untuk dapat tampil menarik di hadapan ramai orang. Maka dengan  itu, anda perlu memilih pakaian kanak-kanak yang tepat untuk anak anda. Memang tidak mudah untuk memilih pakaian kanak-kanak yang sesuai terutama bagi mereka yang telah mampu menentukan kemahuannya sendiri. Oleh itu, anda perlu mengetahui beberapa tips dan trik untuk berbelanja pakaian anak anda agar mereka lebih selesa memakai dan pakaian tersebut lebih tahan lama.
Berikut adalah beberapa tips memilih pakaian kanak-kanak :

1) Perhatikan Selera Anak                                                                                                  

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli baju untuk anak anda, anda harus ingat bahawa anak anda bukanlah anda. Anak anda memiliki kepribadian dan selera yang sedikit sebanyak berbeza dengan anda jadi anda tidak dapat memastikan atau memaksa bahawa apa yang anda suka pasti juga disukai oleh anak anda. Lebih spesifik lagi bahawa anak anda belum tentu suka dengan baju atau pakaian yang anda pilihkan untuk mereka.


2) Pilih Pakaian Kanak-kanak Yang Sesuai                                                                                     Semasa membeli pakaian kanak-kanak anda haruslah memilih kain yang sesuai untuk anak anda. Ini kerana ada sesetengah kanak-kanak yang mengalami masalah alahan pada kulit disebabkan kain yang tidak sesuai. Anda juga harus memastikan kain yang di pilih tidak panas apabila di pakai.


3) Mudah Dibasuh Dan Warna Tidak Luntur
Dalam tempoh beberapa minggu, saiz pakaian kanak-kanak akan berubah. Oleh itu beli baju yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Jika beli baju yang berwarna pastikan warna tidak mudah tanggal apabila dibasuh.

4) Mudah Dipakai Dan Ditanggalkan
Janis pakaian kanak-kanak berbutang adalah dicadangkan untuk bayi berusia lima bulan pertama. Baju jenis ini mudah dipakai dan ditanggalkan. Bagi bayi pra-matang, pastikan baju yang dibeli dilengkapi topi untuk melindungi kepalanya daripada udara sejuk.

5)   Saiz besar
Kadang kala sukar untuk mencari saiz pakaian kanak-kanak lelaki yang agak besar berbanding pakaian kanak-kanak perempuan. Apabila kesuntukan masa atau tiada pengetahuan mengenai kedai berdekatan, anda terus membeli pakaian kanak-kanak sekadar ‘tangkap muat sahaja’. Akibatnya, baru anak hanya boleh dipakai beberapa bulan sahaja. Sebaiknya beli baju bersaiz besar supaya tahan lebih lama.

6) Masih Boleh Dipakai
Jika anda merancang untuk memiliki anak lagi, pakaian kanak-kanak yang tidak muat dan masih elok perlu disimpan di tempat yang kering dan dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan daripada gigitan tikus. Jika perlu letakkan pewangi supaya pakaian kanak-kanak tersebut tidak berbau ketika dalam simpanan anda.









                                   DANISH KIDZ  COLLECTION

                                                            www.dkc.my

                                                danishcollection19@dkc.my


Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini